Thursday, January 9, 2020

PENYELENGGARAAN JAM TAQWIM SOLAT


Adalah dinasihatkan, pengguna Jam Taqwim Solat Propertime, Promas & Ptime untuk menyemak & menyelenggara Jam Taqwim Solat Propertime, Promas & Ptime setiap awal tahun Masehi @ Hijrah (mengikut keperluan negeri masing-masing).
Ini bagi memastikan waktu yang dipaparkan oleh Jam Taqwim Solat tersebut sentiasa TEPAT!


PENYELENGGARAAN:    

1. Kemas-kini Taqwim Waktu Solat & Hijrah (SEKIRANYA PERLU)
       > Bandingkan dengan Kalendar Taqwim Solat & Hijrah terbitan Jabatan Mufti Negeri-negeri.
       > Sekiranya terdapat perbezaan, sila kemas-kini dengan memuat-turun perisian mengikut Model Jam.
2. Semak Waktu Semasa ( Jam )
       > Bandingkan dengan Waktu Piawai seperti The Malaysian Standard Time mst.sirim.my atau time.windows.com
       > Sekiranya terdapat perbezaan, sila setting semula waktu supaya selaras dengan waktu piawai.
       > Setting boleh dilakukan dengan menggunakan 2 cara:
                1. Perisian Promas & Ptime ( klik butang Synchronize )
                2. Setting secara Manual dengan menekan butang pada Jam Taqwim ( sila rujuk Manual Pengguna ).
                    - Manual Pengguna PTR05 & PTR06
                    - Manual Pengguna PTR08
                    - Manual Pengguna PTM05 & PTR06
                    - Manual Pengguna PTM08
                    - Carta Zon 2023/2024
3. Tukar Bateri Sokongan (Lithium 3V - CR2032) setiap 3-5 tahun.